Saturday, November 28, 2009

kekejaman

hari ini hari yang sangat bahagia sebab semua sedara mara yang datang cakap saya kurus.ye ke??Macam tak percaya je.hehe.apa-apa jela,yang penting hari ini saya dah makan banyak dah pun.Kari daging,kurma daging,sup daging dan rendang rusa.Kenyangnye...Alhamdulillah..hari ni memang tak diet.esok baru start diet balik.esok kan dah nak balik hostel.huhuhu.Bosannye duduk hostel..malam ni memang tak boleh tidur.kena buat banyak persiapan untuk kenduri esok.Kenduri bermula after zohor but esok pagi saya dah kena balik shah alam.tak bestnye..maaf semua.saya tak dapat nak tolong esok.tapi tak pe.malam ni saya akan buat semua.ok.habislah saya..kena buli..huhuhu(kena goreng ayam satu kawah)banyaknye!!!xpe2 saya akan buktikan.(kejam betul dorang ni)kepada abg jijoi,abg nazli,kak yong,kak mazni jangan nak tidur ye.tolong saya!!!memebantu itu kan amalan yang mulia.hehe

Thursday, November 26, 2009

"Adha dan Pengorbanan"


Kalimah ini sering digunakan sempena meraikan hari yang sangat penting di dalam kalender Islam. Aidil Adha berbeza dengan Aidil Fitri. Mungkin Aidil Adha tidak semeriah Aidil Fitri, tetapi di sebaliknya tersimpan satu p'gertian yang sangat bermakna. Perayaan ini tidak memerlukn puasa sebulan untuk menyambutnya, akan tetapi ia memerlukan pengorbanan sebagaimana yg dilakukan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Isma’il serta mengingati para tetamu Allah yang mengerjakn rukun Islam yang kelima.(bilalah agaknya dapat pergi sana..)

Antara keistimeaan Aidil Adha ialah ibadah korban yang dituntut untuk dilaksanakn pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasyrik iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah. Ibadah korban sebenarnya adalah bukti kepatuhn manusia kepada Allah dan lambang kesyukuran terhadap segala nikmat yang telah dikurniakan, disamping mengeratkan silaturrahim di antara kaya dan miskin.

Secara fitrahnya, Aidil Adha perlu disambut lebih meriah berbanding Aidl Fitri. Ini adalah kerana Aidil Adha dipanggil sebagai hari raya al-Akbar(besar), sementara Aidil Fitri dipanggil al-Asghar(kecil).kita telah salah dalam menyambut kedua2 perayaan terbesar di dalam Islam ini. Aidil Fitri disambut begitu meriah malah pembaziran berlaku di sini(termasuklah org yang menulis ni.hehe). Manakala kehadiran Aidil Adha tidak begitu terasa melainkan terdapatnya ahli keluarga menunaikan Haji ataupun lembu yang ditambat di hadapan rumah.

Sinar Aidil Adha perlu dikembalikan, begitu juga persepsi terhadap sambutan Aidil Fitri harus diperbetulkn. Ini adalah peranan kita sebagai Muslim yang benar2 mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Di sini juga terletaknya pengorbanan yang harus kita lakukan.Bertakbirlah sepuas-puasnya sepanjang Aidil Adha ini. Berpuasalah pada hari-hari awal Zulhijjah terutama pada hari ‘Arafah.Serta lihatlah darah yang mengalir dari lembu atau unta yang disembelih sebagai bukti ibadah korban yang dijalankan(yg ini saya akan pertimbangkan dulu..huhu).

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.SEMOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI ADALAH IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

Tuesday, November 24, 2009

class taxation yg agak suram.:(


























Kehadiran En Fendy iaitu bekas lecturer Financial Accounting2 yang mengajar subjek Taxation pada semester ini amat mengejut dan memilukan hati kami..Satu kelas terkejut dgn keadaan fizikalnya yang berubah serta merta..Baru sahaja rasanya melihat En Fendy dalam keadaan yang sihat bulan lalu ketika beliau memberi kad raya kepadaku.Ya Allah,kenapa jadi begini???Aku tersentak seketika.Tiada apa yang hendak aku katakan melainkan dengan muka yang sangat terperanjat,rasa sayu hatiku,rasa ingin menangis melihatnya.Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiranku..Aku tertanya-tanya adakah beliau menghidap penyakit kronik ataupun beliau menjadi seperti itu kerana terlalu memikirkan keadaan anaknya?..Perasaan sedih bergaul dengan terkejut,membuatkan aku kaku dan ingin mengalirkan air mata..aku kagum dengan semangatnya itu,walaupun sakit,beliau tetap datang untuk mengajar kami...Aku tak tahu kenapa,tetapi hati aku mengatakan bahawa beliau menghidapi sejenis penyakit kronik dan boleh membawa maut("jgn fikirkan kenapa saya jadi sebegini.you all just concentrate on your study")itulah kata-katanya di dalam kelas petang tadi...Sesunguhnya,terlalu berat hati ini untuk kami menatap keadaannya setiap hari di dlm kelas,hati ini tak sanggup melihat keadaan beliau yg menangung derita kesakitan tersebut...Nasihat beliau kepada aku dan adik akan sentiasa di dalam hati (walaupun kita dpt A utk semua subjek jgn sombong jgn angkuh.Itu semua adalah kejayaan yang diberikan oleh Allah dan yang paling penting jgn tinggal solat dan selalu baca al-Quran)nasihat itu akan sentiasa kami ingati.Tidak mampu untuk membalas segala jasanya.Hanya doa aku panjatkan.Semoga En Fendy cepat sembuh,sejahtera selalu.Amin ya Rabbal 'alamin

Monday, November 23, 2009

cinta

Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta. Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup.

Cintailah semua orang, kerana cinta itu tidak terhad..
Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan. Namun untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi . Lalu bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata. Kerana itu manusia kini miskin cinta. Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat.

Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal. Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.

Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad. Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.

Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat arRahmanya pada manusia tertentu. Nabi saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja. Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silatarrahim kepada semua manusia. Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai yang lainnya.

Sunday, November 22, 2009

Terima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu

Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama

Friday, November 20, 2009

La Tahzan

















Hari ni sepatutnya aku dan adik berada di kampung..tapi kami tidak dapat nak balik Teluk Intan sebab kelas akan bermula hari isnin ini..huhuhu.Kalau ikutkan hati nak terus je balik sampai raya haji.Sepatutnya saat-saat begini,kami sekeluarga berkumpul bagi meraikan kejayaan aku dan adik.Sedihnya bila ayah menelefon supaya pulang semalam.Berkali-kali ayah telefon..Ayah beria sangat nak kami pulang..Xpela,mungkin tiada rezeki untuk pulang.Maafkan kami ayah,mak.Kami disini rindu sangat kat mak,ayah.
Ayah dan emak,doakanlah kami dalam berjihad menuntut ilmu.Banyak subjek-subjek yang mencabar.Kami takut x dapat ikut.Doakan kami supaya tabah dalam menghadapi semester baru yang akan bermula.Terima kasih mak,ayah.Kami sangat sayang dan sangat rindu!!!

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan adik-adik dan pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenanMu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Wednesday, November 18, 2009

Penantian Suatu Penyeksaan


















Jam menunjukkn pukul 4.30am.Aku masih tidak boleh melelapkan mata.Mungkin sebab terlampau memikirkan result yang bakal keluar pada hari khamis ini.Bermain di fikiranku "apa yang bakal aku perolehi.Adakah kejayaan ataupun kegagalan?" Ya Allah...aku serahkan segalanya kepada Engkau Ya Allah...aku akan terima apa yang Engkau beri..sebaik-baiknya,Engkau berikanlah aku kejayaan supaya aku dapat membahagiakan ayah dan mak.Engkau berikanlah keputusan yang setimpal dengan apa yang aku usahakan.Aku sangat takut pada ketika ini.Engkaulah tempat Aku bermohon segala apa yang aku inginkan..Engkaulah yg maha adil lagi bijaksana pada setiap hambaMU yg lemah ini..