Thursday, April 29, 2010

malam pertama

Alhamdulillah, pagi tadi saya menerima satu email yang telah diforwardkan oleh seorang sahabat yang berjaya menarik hati dan rasa. Biasanya saya tidak begitu berminat membaca email-email yang diforward atau email-email berantai, tetapi email yang satu ini sesungguhnya telah menggugah jiwa saya. Ia tentang malam pertama.

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

Kemaskini: Alhamdulillah, saya telah berkahwin pada 14 Disember 2007 dan merasai nikmat malam pertama perkahwinan!!

Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

Malam inilah yang menjadi isi kandungan email tersebut. Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?



“Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!



“Last Breath..”

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”



Bacaan lanjutan: Kubur Menunggu Kita…

Justeru, bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati.. Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan tertanjap sekaligus melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita semua terlepas dari ‘azab kubur dan beroleh nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

[Nota: Al-Fatihah buat rakan karib saya semasa di sekolah menengah - Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri, Allahyarham Mas Muliady bin Mahmud yang telah kembali ke rahmatullah pada 2hb Mei 2007 bersamaan dengan 14 Rabiulakhir 1428H di Kuching. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amiin.]

Wallahu a’la wa a’lam bissawab.


By: Muhtar Suhaili
http://muhtarsuhaili.wordpress.com


P/S: Sama2 ambil iktibar, bukan sekadar baca tanpa menghadirkan rasa insaf dan mahu berubah ke arah kebaikan.

Thursday, April 22, 2010

Persimpangan Diri




Keliru antara dua persimpangan..
mencari pilihan yang pasti agar tidak menyesal di kemudian hari.
Walaupun kehidupan dunia akan pergi,tapi hakikat insan memerlukan inspirasi
Itulah realiti dalam pencarian yang belum pasti
Hanya Allah yang maha mengetahui disebalik hati seorang insani..

Carilah persimpangan yang benar-benar pasti agar tidak menyesal dikemudian hari
Persimpangan hakiki itulah yang pasti,bisikan jiwa disebalik sanubari
Bisikan yang harus kekal didalam hati,yang kadang-kadang hilang tidak terpatri
yang memerlukan usaha untuk mencari..

Mencari dan terus mencari,jangan sampai hilang jati diri.
jangan ikut nafsu diri,biarkan imana mamandu dihati,
biarkan jiwa derita sekali asalkan akhirat bahagia menanti..
akhirat yang kekal abadi yang didalamnya syurga menanti
Bagi orang-orang yang benar-benar diredhai,kebahagiaan sudah tentunya pasti..

Amin...itulah mehnah dalam mencari syurga Ilahi..walaupun kesakitan dirasai namun hati girang sekali..dan itulah juga mahabbah dan mawaddah Ilahi..sentiasa inginkan kebahagiaan setiap insani..walaupun kadang-kadang tergelincir oleh kehidupan duniawi,
Allah tetap mengampuni..Betapa AgungNya cinta Ilahi..Itulah dia cinta hakiki..

Cinta hakiki yang sukar dicari..mendapatkannya satu anugerah Ilahi..Tidak terperi yang dinannti..paling agung sebagai insani..walaupun dunia sebagai ganti,namun cinta Ilahi pilihan dihati..pilihan dihati cinta Ilahi..InsyaAllah cinta yang kekal abadi akan menanti..walaupun onak dan duri terpaksa diharungi..dapat menerimanya dengan seikhlas dihati..kerana apa?kerana Allah sentisan didasar hati..cinta Allah cinta bersemi..

Amin..mudah-mudahan segalanya jadi realiti..bertemu dengan persimpangan diri yang pasti..dalam perjalanan menuju negeri yang abadi..negeri abadi,syurga hakiki..



nukilan:
Atikah & Kak Syuhada

Monday, April 12, 2010



Untuk peringatan diri empunya..
juga kepada sahabat semua..
jgn buat sedemikian rupa..
kasihanilah dia yg tidak berdosa..
yang tidak mengerti apa-apa..

Ya Allah..
semakin uzur bumi dunia..
semakin menjadi malapetaka..
bukakanlah pintu hati mereka..
hati yg telah tertutup seketika..
atau mungkin selama-lama..
dek terlalu mengikut nafsu dunia..

Ya Allah..
hatiku menangis tersangat derita...
tatkala melihat bayi merata..
terdetik hati berkata-kata..
tidakkah mereka takut yg maha Esa???

bayangkan pula sejenak seketika..
jikalau dia berkata-kata..
"aku ingin hidup didunia..seperti mereka yg sangat bahagia.."
"aku ingin dibelai dan dimanja..bersama ibu ayah tercinta..."
itulah dia luahan rasa..

insaflah wahai umat manusia..
mana perginya iman di dada..
mana..mana..perginya kemanusiaan dijiwa..
yang dahulunya tersangat dijaga...

cukup..cukuplah.. berbuat sedemikian rupa
bertaubatlah meminta keampunan dariNya..
jangan biarkan nafsu mengawal semua..
kelak badan yg akan binasa..
kelak jiwa akan terseksa..
menantinya luas pintu neraka..

Ya Allah..
ampunilah mereka yg telah berdosa..
pintu taubat biarlah terbuka..
menyesal manusia sebelum terlena..

Sunday, April 4, 2010

21 Tahun Hidup Didunia..



Hidup ini tak selalunya indah..Kadang-kadang langit cerah,kadang-kadang langit mendung,kadang-kadang air pasang dan kadang-kadang air surut.Itulah kehidupan yang telah diatur dan dirancang oleh Allah AWT untuk umatNya.

Telah 21 tahun aku hidup di bumi yang penuh dgn bunga dan duri ini..Pelbagai pahit manis,hujan panas,telah ku redah.Kesusahan,kesenangan,kesdihan,kegembiraan, kesakitan telah ku lalui..Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk aku hidup dibumiMu ini.Di bumi yang tidak sesiapa pun yang akan kekal abadi di dalamnya.Dengan keizinanMu juga aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini..

Belum bersedia rasanya untuk aku menempuh hari-hari esok yang menanti.Belum bersedia rasanya untuk aku menempuh dugaan yang mendatang..Belum bersedia rasanya untuk aku menempuh alam kematian yang bila-bila masa akan memnggilku..Tetapi.akan aku cuba menempuh semua itu dgn sebaik-baiknya kerana aku tahu setiap apa yang berlaku ada hikmah dariMu,Tuhan pencipta alam.Akan ku tempuhi semua itu hanya keranaMu hingga ke akhir hayat ku..

Terima Kasih Ya Allah.Akan ku selami waktu-waktu pemberianMu yang Engkau hadiahkan kepada ku sebaik-baiknya..Impian ku hamya satu.untuk menjadi seorang wanita yang solehah yg aku tahu masih belum cukup untuk aku menjadi seperti itu.Masih banyak lagi yang harus ku pelajari untuk menjadi seperti itu..

Semoga dgn peningkatan usiaku ini yang pinjaman sementara dariMu,peningkatan juga keimanan,kataqwaan,kecintaan,kesyukuran kepadaMu yang maha AGUNG...Amin..Alhamdulillah.