Thursday, June 18, 2009
teluk intan dah ada bus terus ke shah alam :)
Monday, June 15, 2009
cuti!!!!cuti!!!cuti!!
Saya baru sahaja habis final exam untuk short semester yang lalu.Bila dah final mestila cutikan.(yeay,yeay cuti :)) Yang bestnya bila cuti,dapat tambah duit poket.Tapi...cuti untuk short semester kejap sangat le..two weeks je..
Inilah rutin harian saya waktu cuti.After solat subuh saya akan pergi ke pasar untuk membeli barang dapur untuk kedai ayah.(sayur,ayam,ikan dan macam-macam lagi) Ayah tak kelam kabut nanti.Nak kena beli barang,then kena pergi pejabat lagi jam 8pagi.Mesti ayah penatkan.(i love you so much ayah!!!) saya pergi ke pasar kadang-kadanh naik moto kadang-kadang naik kereta but saya prefer naik moto kesayangan saya sebab boleh menghirup udara yang segar dan nyaman ciptaan yang maha ESA di pagi hari.After beli all barang,saya akan hantar ke kedai ,jaga kedai sekejap until afternoon.After that baru balik rumah.Bila dah balik rumah tu apa lagi on laptop le jawabnya.Kan tgh cuti..saya banyak habiskan masa pada laptop kesayangan saya.
Sebab apa tadi saya cakap dapat tambah duit poket ,sebab....ayah akan beri upah pada saya..tapi saya tak kisah semua itu,janji dapat penuhi waktu cuti saya dengan perkara-perkara yang berfaedah.sebenarnya sejak dari kecil lagi saya dah berniaga.kadang-kadang tolong nenek,kadang-kadang tolong mak cik so,dah biasa.kalo waktu raya lagi best.saya akan anyam ketupat dan hantar pada mak cik then mak cik akan jualkan untuk saya.Itu yang dapat tambah duit poket tu.Kan boleh beli barang-barang yang kita suka.Betul tak.kan,kan,kan.saya suka beli barang guna duit,hasil titik peluh saya sendiri sebab saya akan lebih menghargainya.kalau saya inginkan sesuatu saya tidak akan susahkan mak dan ayah.saya akan usaha untuk dapatkannya sendiri.(baru la kita akan jaga sebaiknya apa-apa yang kita miliki sendiri).kalau tiada barang untuk dibeli saya akan simpan duit dalam bank.Best kan dapat kumpul duit sendiri.Apa yang saya belajar daripada kehidupan saya ialah bukan mudah untuk cari duit kan.Ianya memerlukan daya usaha dan yang penting jangan buat kerja yang tidak berguna semata-mata nak dapat duit dengan cepat.ALLAH itu kan maha adil.Siapa yang rajin berusaha,Allah pasti tolong.Cuma cepat dan lambat sahaja.Macam itulah betapa susahnya mak dan ayah kita mencari duit untuk membesarkan kita.Nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca blog saya ialah jangan membazir dan gunalah duit dengan bijaksana dan jangan lupa tau kalau ada lebih tu sedekahkan kepada yang memerlukan.ok.
Friday, June 12, 2009
program
Pada bulan april yang lalu, satu program yang bernama Program Qudwah Al-Fiqhyah telah diadakan di Pusat Islam Management And Science University. Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar. Program ini adalah satu sesi ceramah yang bertajuk “Kepentingan Ilmu Fiqah Dalam Islam”.
Tujuan program ini adalah mendedahkan kepada para siswa dan siswi berkenaan ilmu-ilmu feqah disamping mengkaji kembali berkenaan ilmu fiqah di dalam kehidupan seharian. Ramai peserta yang mengambil bahagian termasuk saya sendiri.
Program ini dijadualkan akan bermula pada pukul 9.30 pagi.Para pelajar kemudian mengambil tempat di dalam surau dengan para muslimin di bahagian hadapan surau manakala para muslimat di bahagian belakang.
Walaupun program ini bermula lambat sedikit daripada waktu yang dijadualkan,pengisian selama setengah jam itu telah di isi dengan perkongsian Dr.Ridhwan iaitu seorang pensyarah dari Management & Science University yang merupakan seorang Muallaf.Perkongsian itu bertajuk “ Mengapa Islam?”memetik kehidupan beliau sebagai seorang yang telah memeluk Islam.Beliau menerangkan betapa indahnya Islam.
Dalam perkongsian itu, beliau telah menceritakan kehidupan beliau sebelum memeluk Islam. Beliau berasal daripada Perancis dan dibesarkan di London. Beliau memeluk Islam adalah kerana tertarik dengan akhlak, adab, dan keindahan al-Quran. Beliau berkenalan dengan Islam apabila ketika menuntut di sebuah universiti di London semasa berkongsi bilik dengan 5 pelajar Malaysia. Akhlak yang ditunjukkan oleh para pelajar Malaysia menarik perhatian beliau seterusnya memberikan beliau hidayah untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam lagi.
Ceramah yang bertajuk ‘kepentingan ilmu fiqh dalam islam telah bermula pada jam 10.am yang disampaikan oleh Ustaz Sharom bin Maarof. Beliau merupakan seorang Ketua Unit Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Monday, June 8, 2009
penat tapi seronok..
lebih kurang pukul 6pm kami berhenti sebentar di masjid untuk menunaikan solat dan membersihkan diri tapi di masjid tiada air jadi kenalah mencari masjid atau surau lain .mujurlah surau yang kami singgah kali kedua ada air.selepas solat asar,kami pun berehat dan makan di kedai berhampiran untuk menunggu waktu maghrib..lebih kurang pukul 4.30pagi hari ini baru kami tiba..memang penat tapi seronok.
saat berjalan bersama ahli keluarga memang best.sambil bersuka ria,kita boleh menguatkan lagi tali persaudaraan antara keluarga.
Friday, June 5, 2009
balik kampung!!!!!
kepada kawan-kawan,teman-teman,abang-abang,kakak-kakak sudi-sudikanlah diri untuk pulang ke kampung ye..pulang setiap minggu pun x mengapa ;)..ayah dan ibu kita pasti berasa gembira dan tersenyum menanti kepulangan kita..