Tuesday, June 21, 2016

OREO BUTTER CAKE with Kasih & Sayang (^_^)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum semua!!! Sempena bulan Ramadhan ini, saya ingin berkongsi satu resepi kek yang sangat mudah tanpa memerlukan masa yang terlalu lama untuk membuat nya. Bahan-bahan pun murah dan senang didapati. Sesuai untuk semua terutama nya untuk kalian yang tidak sukakan kek yang manis-manis. Bahan-bahan adalah seperti berikut:

Bahan-Bahan:

250g butter
135g gula halus (gula kasar pun boleh)
5 biji telur gred A (asingkan kuning & putih)
135g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
10 keping biskut oreo (dikisar atau ditumbuk halus)

Cara membuatnya:
1. Tepung gandum dan baking powder disatukan dan diayak.
2. Putar mentega bersama 1/2 bahagian gula halus hingga putih. Kemudian, masukkan kuning telur satu persatu dan terus memutar sehingga kembang. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
3. Perlahankan speed. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula halus dan putar hingga kental, tetapi tidak keras.
5. Masukkan putih telur dalam adunan mentega dan gaul sehingga rata. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan oreo kisar dan satu lagi bahagian adalah adunan asal.
6. Tuang berselang seli dalam acuan (8 x 9 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 45 minit bergantung pada oven masing-masing.

Taraaaaaa... اَلْحَمْدُلِلّهِ ...Bolehlah dijamu di bulan Ramadhan ataupun di hari raya nanti. hohohohoo
Mulakan setiap perbuatan dengan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم dan disudahi dengan اَلْحَمْدُلِلّهِ .



P/S: Next entry “BERMUSAFIR DI BUMI ILAHI”. InsyaAllah

"Cerita Saya Kepada Kamu Yang Ingin Membaca"
Semoga bermanfaat (^_^)