Saturday, February 27, 2010

Nabi dan Rasul akhir zaman



masih belum terlamabat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada umat islam seluruh dunia.Dalam penulisan kali ini ingin saya berkongsi serba sedikit tentang riwayat hidup tokoh teragung utusan Allah,junjungan mulia Rasulullah SAW.

baginda di beri nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.Lahir pada Subuh Isnin, 12 Rabiulawal/20 April 571M tahun Gajah dirumah Abu Talib,Makkah Al-Mukarramah.Bapanya,Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim.Ibunya,Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.Pengasuh pertama,Barakah Al-Habsyiyyah(di gelar Ummu Aiman).Ibu susi pertama;Thuwaibah.Ibu susu kedua;Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah.

USIA 5 TAHUN
~peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
membersihakn hati baginda dari sifat-sifat mazmumah yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
~ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’,sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah.Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
~datuknya,Abdul Muttalib pula meninggal dunia.Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya,Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
~baginda ersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Buhaira telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 25 TAHUN
~Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
~Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
~Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
~Berhijrh ke Madinah dgn ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
~Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
~Khadijah Binti Khuwailid
~Saudah Binti Zam’ah
~Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
~Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
~Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
~Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
~Zainab Binti Jahsy
~Maimunah Binti Harith
~Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
~Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN & SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


Marilah kita sama-sama berselawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan menghidupkan sunnah-sunnahnya sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda SAW.
Salam Maulidur Rasul 1431 hijrah.

Sunday, February 7, 2010

KEM REHLAH MAHABBAH

salam..

Syukur Alhamdulillah dengan rahmatnya saya berkesempatan mengikuti kem Rehlah Mahabbah yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam MSU pada minggu lepas.Kem Rehlah Mahabbah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sg.Congkak.Seramai lebih kurang 40 peserta bersama dengan ahli jawatankuasa PMI mengikuti kem ini.Kem selama tiga hari ini amat bermakna,bermanfaat dalam diri para peserta selain merapatkan ukhuwah.Bertolak pada petang Jumaat lebih kurang pukul 5 lebih dengan menaiki dua buah bas.Setelah tiba di destinasi yang dituju, teruja rasanya dengan suasana sekeliling yang begitu indah.Air sungai yang mengalir,angin bertiup kedinginan,pokok-pokok,daun-daun menghijau yang melambai-lambai seperti gembira dengan kedatgan kami.Betapa indahnya kebesaran ciptaan Allah yang Maha Esa.



Di kem Rehlah Mahabbah,seribu satu perkara menarik dapat saya perolehi walaupun hanya tiga hari.Antaranya ceramah motivasi,makan beramai-ramai di dalam talam,ice breaking (terdiri daripada 5 kumpulan iaitu Siti Aisyah,Ibnu Sina,Al-Biruni,Al-Khawarizmi dan Mohamad Bin Idris) beriadah,debat parlimen,memasak,explorace,
community service,meredah sungai,night walk,qiamulail dan sebagainya.Jujur saya katakan,inilah kem yang mewujudkan input dalam diri setiap peserta.


Kumpulan Al-Khawarizmi


Kumpulan Mohamad Bin Idris



Kumpulan Siti Aisyah



Kumpulan Ibnu Sina



Kumpulan Al-Biruni



Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ketika di kem ini adalah sewaktu LDK muhasabah diri.aktiviti yang sangat menusuk hati dan sanubari setiap peserta.Kesedihan,ketakutan melanda dijiwa.air mata berderai membasahi bumi.Ya Allah,rasanya belum sempurna diri ini untuk menempuh alam kematian.Menghadap empuNya diri ini.diharapkan keinsafan pada malam ini berpanjangan….


Alhamdulillah, progran selama 3 hari 2 malam ini Allah permudahkan.Sekalung tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga buat PMIMSU(fesilitator yang berkebolehan) yang menjayakan kem Rehlah Mahabbah ini.Kem yang unik dan sangat menarik.Diharap kem sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang.Apa yang penting,ukhuwah yang terbina ini biarlah berpanjangan selamanya.Moga kita semua bertemu dan berpisah hanya keranaNYA dalam jalan perjuangan ini.






Ukhuwah itu di hati,andai bersendirian pasti ia menemani.Setiap yang manis mampu dikenang,walau tiada dimata kini ia hadir bila diingati kerana selamanya ia kekal didasar hati.



Indahnya alam ciptaan Ya Rabbi,
Bukti kebesaranNya tidak terperi,
Walaupun kita berlainan fakulti,
Biarlah rehlah mahabbah menjadi kenangan dihati.:)
Ukhuwah fillah Abadan abada

Saturday, December 26, 2009

Hari Asyura (10 Muharram)

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
----------------------------------------------------------------------------------
*Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

-----------------------------------------------------------------------------------
*Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


*Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."


*Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Thursday, December 17, 2009

Berakhir Zulhijjah tibanya Muharam

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah SAW, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



Doa akhir tahun:


: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."





Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...







Doa awal tahun:


: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga
baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Thursday, December 10, 2009

kerinduan


Pada hari sabtu dan ahad yang lalu,saya telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Program SPIES Belia.Sudah lama rasanya tidak mengikuti program sebegini.Kali terakhir adalah 3 tahun yang lepas iaitu Kem Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Kerajan Negeri Perak(rindunya kat kem ni...).Peserta program yang berdaftar adalah seramai 70 orang yang majoritinya berumur dalam lingkungan 13-17 tahun(comel-comel dan nakal-nakal semuanya).Program ini amat bermakna dan menyeronokkan kerana dikendalikan oleh penceramah yang sangat berpengalaman(abg Zaidy dan Ustaz Fauzan).Tidak lupa juga kepada abang-abang dan kakak-kakak fesi(kak mas,kak jamilah,abg wan,abg firdaus) yang sangat penyabar dalam melayani adik-adik yang sangat nakal.Banyak ilmu yang saya pelajari daripada kem ini antaranya bagaimana membina personaliti dan keyakinan diri,komunikasi berkesan,kemahiran kepimpinan,pembinaan pasukan,pendidikan kerjaya dan banyak lagi.Apa yang penting kumpulan hawa menjadi kumpulan terbaik.yeay.:)

Banyak juga kenangan bersama adik-adik yang tidak akan saya lupakan.(bermain,bergurau,makan bersama,beriadah,qiam).Dua hari bersama tidak cukup untuk mengenali adik-adik dengan lebih rapat.setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Terasa sedih ingin meninggalkan program ini.Walaupun baru sahaja mengenali adik-adik,terasa berat untuk berpisah dengan mereka.Kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan.ukhwah fillah abadan abada..

Saturday, November 28, 2009

kekejaman

hari ini hari yang sangat bahagia sebab semua sedara mara yang datang cakap saya kurus.ye ke??Macam tak percaya je.hehe.apa-apa jela,yang penting hari ini saya dah makan banyak dah pun.Kari daging,kurma daging,sup daging dan rendang rusa.Kenyangnye...Alhamdulillah..hari ni memang tak diet.esok baru start diet balik.esok kan dah nak balik hostel.huhuhu.Bosannye duduk hostel..malam ni memang tak boleh tidur.kena buat banyak persiapan untuk kenduri esok.Kenduri bermula after zohor but esok pagi saya dah kena balik shah alam.tak bestnye..maaf semua.saya tak dapat nak tolong esok.tapi tak pe.malam ni saya akan buat semua.ok.habislah saya..kena buli..huhuhu(kena goreng ayam satu kawah)banyaknye!!!xpe2 saya akan buktikan.(kejam betul dorang ni)kepada abg jijoi,abg nazli,kak yong,kak mazni jangan nak tidur ye.tolong saya!!!memebantu itu kan amalan yang mulia.hehe

Thursday, November 26, 2009

"Adha dan Pengorbanan"


Kalimah ini sering digunakan sempena meraikan hari yang sangat penting di dalam kalender Islam. Aidil Adha berbeza dengan Aidil Fitri. Mungkin Aidil Adha tidak semeriah Aidil Fitri, tetapi di sebaliknya tersimpan satu p'gertian yang sangat bermakna. Perayaan ini tidak memerlukn puasa sebulan untuk menyambutnya, akan tetapi ia memerlukan pengorbanan sebagaimana yg dilakukan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Isma’il serta mengingati para tetamu Allah yang mengerjakn rukun Islam yang kelima.(bilalah agaknya dapat pergi sana..)

Antara keistimeaan Aidil Adha ialah ibadah korban yang dituntut untuk dilaksanakn pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasyrik iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah. Ibadah korban sebenarnya adalah bukti kepatuhn manusia kepada Allah dan lambang kesyukuran terhadap segala nikmat yang telah dikurniakan, disamping mengeratkan silaturrahim di antara kaya dan miskin.

Secara fitrahnya, Aidil Adha perlu disambut lebih meriah berbanding Aidl Fitri. Ini adalah kerana Aidil Adha dipanggil sebagai hari raya al-Akbar(besar), sementara Aidil Fitri dipanggil al-Asghar(kecil).kita telah salah dalam menyambut kedua2 perayaan terbesar di dalam Islam ini. Aidil Fitri disambut begitu meriah malah pembaziran berlaku di sini(termasuklah org yang menulis ni.hehe). Manakala kehadiran Aidil Adha tidak begitu terasa melainkan terdapatnya ahli keluarga menunaikan Haji ataupun lembu yang ditambat di hadapan rumah.

Sinar Aidil Adha perlu dikembalikan, begitu juga persepsi terhadap sambutan Aidil Fitri harus diperbetulkn. Ini adalah peranan kita sebagai Muslim yang benar2 mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Di sini juga terletaknya pengorbanan yang harus kita lakukan.Bertakbirlah sepuas-puasnya sepanjang Aidil Adha ini. Berpuasalah pada hari-hari awal Zulhijjah terutama pada hari ‘Arafah.Serta lihatlah darah yang mengalir dari lembu atau unta yang disembelih sebagai bukti ibadah korban yang dijalankan(yg ini saya akan pertimbangkan dulu..huhu).

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.SEMOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI ADALAH IKHLAS KERANA ALLAH SWT.