Friday, December 31, 2010

Di Persinggahan



Sekian lama hidup di kegelapan,

Teraba-raba tanpa tujuan,

Akal dan budi seakan tak berfungsi,

Ke manakah diri??



Apa diturut kehendak yang meronta,

Menyeksa badan membakar jiwa,

Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,



Renungkanlah ini,



Kita sekadar di persinggahan,

Pasti kembali pada yang menciptakan,

Ombak dan badai lumrah kehidupan insan,

Insaflah semua darinya jua

Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….



Pada ilahi bantuannya menanti,

Iman dan takwa yang sejati,

Itulah bekalan diri…..



Doa’ senjata mereka yang beriman,

Tuhan pencipta maha penyayang,

Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan

Hanya pada tuhan



Lirik lagu kumpulan zahran

Wednesday, December 29, 2010

nasyid yg selalu menjadi penemanku setiap hari.

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Menoleh Pada Dosa Yang Tertinggal.

Menoleh pada dosa yang tertinggal.

Mencari diri.

Mengenal Tuhan dengan keampunanNya.

Lalu dosa-dosa makin melebur.



Jauh saya berjalan...

Sehingga suatu ketika, saya terpaksa berhenti...

Bukan kerana lelah...

Tapi ada sesuatu lewat fikiran saya...

Apa benar ini jalan terbaik buat saya?

Adakah ini yang sebenarnya Allah itu mahu untuk diri saya?



Suatu ketika...

Dalam perhentian itu...

Saya menoleh ke belakang...

...melihat kesan derap-derap kaki yang saya tinggalkan...

...barangkali 'mereka-mereka' berbisik..."tolong, bawa kami bersama"...

...namun, mustahil itu bakal terjadi...



Di perhentian itu jualah...

Saya menoleh lagi...bukan hanya pada derap langkah yang saya tinggalkan...

Bahkan lebih luas...

...menceroboh masuk kembali ke dalam dosa-dosa yang terpenjara...

...yang saya sendiri tidak pasti..."apa sudah Allah ampun dosa-dosa itu?"

...tanpa meminta biar dikendong bersama dalam langkah saya yang semakin ke depan, pastinya dosa-dosa ini tetap terus mengekori saya...

Apa saya mahu biar? Kerana saya tidak bermain-main dengan keampunanNya...lalu bersegera saya mampir...

Biar dosa-dosa itu melebur dalam ratib hamba yang mendamba MaghfirahNya Yang Maha Luas...



Dan kini...atau mungkin untuk suatu waktu lagi...

Tatkala dosa-dosa itu benar-benar melebur...

Usah saya gusar....ke mana saya pada penghujungnya..

Monday, November 29, 2010



‎"Sesungguhnya Allah itu tidak memandang kepada rupa paras jua harta bendamu, tetapi Dia menilai hati serta amal perbuatanmu." al-Hadis

Friday, October 22, 2010

Keajaiban Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim..



suatu ketika Abu Hurairah bertemu dgn syaitan penggoda org mukmin dan syaitan penggoda org kafir.Syaitan penggoda org kafir saaaangat gemuk,segar,rapi dan memakai pakaian yg elok.Sedangkan syaitan penggoda org mukmin saaangat kurus,kering,kusut dan telanjang.Syaitan gemuk itu pun bertanya pada syaitan kurus "knp keadaanmu menyedihkan,kurus kering,kusut n telanjang?"Syaitan kurus pun menjawab "Aku bertugas menggoda org mukmin yg selalu berzikir n membaca Bismillah..menyebut nama Allah.Ketika hendak mkn n minum,ia membaca Bismillah..menyebut nama Allah,maka aku tetap lapar dan haus.Ketika memakai minyak wangi,ia menyebut nama Allah maka aku tetap kusut.Ketika memakai baju pun dia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang."(padan muka syaitan kurus kan)



Syaitan gemuk menyahut " Kalau begitu aku sgt beruntung.Aku bersama org kafir yg tidak pernah menyebut nama Allah.Pada waktu mkn dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh mkn bersamanya sehingga puas.Ketika dia minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehinnga aku boleh ikut minum.Ketika memakai minyak wangi,ia tidak menyebut nama Allah sehinnga aku ikut memkai minyak wanginya.Ketika memakai pakaian dia juga tidak menebuy nama Allah sehinnga aku ikut memakai pakainya"



Begitulah faedah membaca Biamillahirrahmanirrahim.Syaitan tidak boleh ikut mkn makanan bahkan dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W bersabda bahawa rumah yg dibacakan Bismillah...syaitan tidak akan bermalam didalamnya.Mulailah segala perbuatan baik dgn membaca Bismillah,menyebut nama Allah agar perbuatan itu benar-benar penuh barakah,tidak diganggu syaitan n mendapat redha dari Allah yg Maha Pemurah.



( petikan kisah teladan daripada Buku DIATAS SEJADAH CINTA-Habiburrahman)

Saturday, June 12, 2010

bahagia



Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah.menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa.menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Thursday, June 10, 2010

masa hadapan




Beberapa hari lagi akan bermulanya semester baru.Semester akhir yang di tunggu-tunggu.Tidak sabar rasanya ingin menamatkan pengajian .InsyaAllah jika dipanjangkan umur,diri ini akan menamatkan pengajian(Diploma in Accountancy) pada akhir tahun ini seterusnya akan melanjutkan pengajian mungkin dalam bidang yang sama iaitu dalam bidang perakaunan atau mungkin dalam bidang guaman,pendidikan atau pelaburan dan mungkin juga akan menyambung di universiti yang sama atau mungkin di universiti yang lain..Allah sahaja yg akan menentukan rezeki untuk diri ini..


Diharapkan untuk final semester akan tiba,diri ini akan bersedia,berusaha,tabah manuntut ilmu seperti semester-semester yang lepas..semester yang penuh dengan air mata mungkin disebabkan stress kerana terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan dan tidur yang tidak mencukupi dan teratur..Bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.Sebagai seorang pelajar jurusan perakaunan,selagi pengiraan tidak seimbang antara debit dan kredit ditambah dengan teori dan praktikal,tidak tidur malam dibuatnya.. tetapi Allah itu Maha Adil dan Mengetahui kerana sentiasa memberi yang terbaik untuk umatnya yang sentiasa berusaha..Setiap usaha yang dilakukan, Allah telah memberi jawapan yang terbaik..Alhamdulillah..


Cita-cita diri ini sangat tinggi.Ingin menamatkan pengajian di peringkat diploma,degree dan mungkin akan bekerja dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan jika diizinkan Allah ingin sekali mendapat ACCA serta melanjutkan pelajaran dalam diploma Hafazan yang diidamkan sejak sekolah lagi..oleh kerana diri ini berasal daripada sekolah menengah kebangsaan(convent) yang tiada subjek bahasa arab menyebabkan permohonan untuk memasuki Darul Quran ditolak.Pada mulanya kecewa kerana usaha telah dilakukan.Ustaz telahpun memberi semangat dengan membawa diri ini ke DQ tetapi segala perancangan hidup ini telah ditentukan Allah.Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya jadi harus menerima segala ketentuanya dengan hati yang ikhlas.


Perjalanan hidup harus diteruskan.sekali kita gagal tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya..Semoga diri ini akan berusaha dan terus berusaha menuntut ilmu Allah hingga ke akhir hayat..Rasululllah s.a.w bersabda,tuntutlah ilmu walaupun ke negeri china kerana menuntut ilmu itu adalah wajib atas tiap-tiap orang Islam.Bahawasanya para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dalam ilmu yang dituntunya.Doa kedua orang tua serta sahabat-sahabat amat bermakna buat diri ini..Semoga diri ini berjaya dalam bidang yang diceburi khususnya dalam bidang perakaunan yang sangat diminati..insyAllah..amin..