Thursday, June 10, 2010

masa hadapan




Beberapa hari lagi akan bermulanya semester baru.Semester akhir yang di tunggu-tunggu.Tidak sabar rasanya ingin menamatkan pengajian .InsyaAllah jika dipanjangkan umur,diri ini akan menamatkan pengajian(Diploma in Accountancy) pada akhir tahun ini seterusnya akan melanjutkan pengajian mungkin dalam bidang yang sama iaitu dalam bidang perakaunan atau mungkin dalam bidang guaman,pendidikan atau pelaburan dan mungkin juga akan menyambung di universiti yang sama atau mungkin di universiti yang lain..Allah sahaja yg akan menentukan rezeki untuk diri ini..


Diharapkan untuk final semester akan tiba,diri ini akan bersedia,berusaha,tabah manuntut ilmu seperti semester-semester yang lepas..semester yang penuh dengan air mata mungkin disebabkan stress kerana terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan dan tidur yang tidak mencukupi dan teratur..Bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.Sebagai seorang pelajar jurusan perakaunan,selagi pengiraan tidak seimbang antara debit dan kredit ditambah dengan teori dan praktikal,tidak tidur malam dibuatnya.. tetapi Allah itu Maha Adil dan Mengetahui kerana sentiasa memberi yang terbaik untuk umatnya yang sentiasa berusaha..Setiap usaha yang dilakukan, Allah telah memberi jawapan yang terbaik..Alhamdulillah..


Cita-cita diri ini sangat tinggi.Ingin menamatkan pengajian di peringkat diploma,degree dan mungkin akan bekerja dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan jika diizinkan Allah ingin sekali mendapat ACCA serta melanjutkan pelajaran dalam diploma Hafazan yang diidamkan sejak sekolah lagi..oleh kerana diri ini berasal daripada sekolah menengah kebangsaan(convent) yang tiada subjek bahasa arab menyebabkan permohonan untuk memasuki Darul Quran ditolak.Pada mulanya kecewa kerana usaha telah dilakukan.Ustaz telahpun memberi semangat dengan membawa diri ini ke DQ tetapi segala perancangan hidup ini telah ditentukan Allah.Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya jadi harus menerima segala ketentuanya dengan hati yang ikhlas.


Perjalanan hidup harus diteruskan.sekali kita gagal tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya..Semoga diri ini akan berusaha dan terus berusaha menuntut ilmu Allah hingga ke akhir hayat..Rasululllah s.a.w bersabda,tuntutlah ilmu walaupun ke negeri china kerana menuntut ilmu itu adalah wajib atas tiap-tiap orang Islam.Bahawasanya para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dalam ilmu yang dituntunya.Doa kedua orang tua serta sahabat-sahabat amat bermakna buat diri ini..Semoga diri ini berjaya dalam bidang yang diceburi khususnya dalam bidang perakaunan yang sangat diminati..insyAllah..amin..

No comments:

Post a Comment