Saturday, December 26, 2009

Hari Asyura (10 Muharram)

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
----------------------------------------------------------------------------------
*Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

-----------------------------------------------------------------------------------
*Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


*Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."


*Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Thursday, December 17, 2009

Berakhir Zulhijjah tibanya Muharam

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah SAW, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



Doa akhir tahun:


: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."





Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...







Doa awal tahun:


: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga
baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Thursday, December 10, 2009

kerinduan


Pada hari sabtu dan ahad yang lalu,saya telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Program SPIES Belia.Sudah lama rasanya tidak mengikuti program sebegini.Kali terakhir adalah 3 tahun yang lepas iaitu Kem Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Kerajan Negeri Perak(rindunya kat kem ni...).Peserta program yang berdaftar adalah seramai 70 orang yang majoritinya berumur dalam lingkungan 13-17 tahun(comel-comel dan nakal-nakal semuanya).Program ini amat bermakna dan menyeronokkan kerana dikendalikan oleh penceramah yang sangat berpengalaman(abg Zaidy dan Ustaz Fauzan).Tidak lupa juga kepada abang-abang dan kakak-kakak fesi(kak mas,kak jamilah,abg wan,abg firdaus) yang sangat penyabar dalam melayani adik-adik yang sangat nakal.Banyak ilmu yang saya pelajari daripada kem ini antaranya bagaimana membina personaliti dan keyakinan diri,komunikasi berkesan,kemahiran kepimpinan,pembinaan pasukan,pendidikan kerjaya dan banyak lagi.Apa yang penting kumpulan hawa menjadi kumpulan terbaik.yeay.:)

Banyak juga kenangan bersama adik-adik yang tidak akan saya lupakan.(bermain,bergurau,makan bersama,beriadah,qiam).Dua hari bersama tidak cukup untuk mengenali adik-adik dengan lebih rapat.setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Terasa sedih ingin meninggalkan program ini.Walaupun baru sahaja mengenali adik-adik,terasa berat untuk berpisah dengan mereka.Kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan.ukhwah fillah abadan abada..

Saturday, November 28, 2009

kekejaman

hari ini hari yang sangat bahagia sebab semua sedara mara yang datang cakap saya kurus.ye ke??Macam tak percaya je.hehe.apa-apa jela,yang penting hari ini saya dah makan banyak dah pun.Kari daging,kurma daging,sup daging dan rendang rusa.Kenyangnye...Alhamdulillah..hari ni memang tak diet.esok baru start diet balik.esok kan dah nak balik hostel.huhuhu.Bosannye duduk hostel..malam ni memang tak boleh tidur.kena buat banyak persiapan untuk kenduri esok.Kenduri bermula after zohor but esok pagi saya dah kena balik shah alam.tak bestnye..maaf semua.saya tak dapat nak tolong esok.tapi tak pe.malam ni saya akan buat semua.ok.habislah saya..kena buli..huhuhu(kena goreng ayam satu kawah)banyaknye!!!xpe2 saya akan buktikan.(kejam betul dorang ni)kepada abg jijoi,abg nazli,kak yong,kak mazni jangan nak tidur ye.tolong saya!!!memebantu itu kan amalan yang mulia.hehe

Thursday, November 26, 2009

"Adha dan Pengorbanan"


Kalimah ini sering digunakan sempena meraikan hari yang sangat penting di dalam kalender Islam. Aidil Adha berbeza dengan Aidil Fitri. Mungkin Aidil Adha tidak semeriah Aidil Fitri, tetapi di sebaliknya tersimpan satu p'gertian yang sangat bermakna. Perayaan ini tidak memerlukn puasa sebulan untuk menyambutnya, akan tetapi ia memerlukan pengorbanan sebagaimana yg dilakukan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Isma’il serta mengingati para tetamu Allah yang mengerjakn rukun Islam yang kelima.(bilalah agaknya dapat pergi sana..)

Antara keistimeaan Aidil Adha ialah ibadah korban yang dituntut untuk dilaksanakn pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasyrik iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah. Ibadah korban sebenarnya adalah bukti kepatuhn manusia kepada Allah dan lambang kesyukuran terhadap segala nikmat yang telah dikurniakan, disamping mengeratkan silaturrahim di antara kaya dan miskin.

Secara fitrahnya, Aidil Adha perlu disambut lebih meriah berbanding Aidl Fitri. Ini adalah kerana Aidil Adha dipanggil sebagai hari raya al-Akbar(besar), sementara Aidil Fitri dipanggil al-Asghar(kecil).kita telah salah dalam menyambut kedua2 perayaan terbesar di dalam Islam ini. Aidil Fitri disambut begitu meriah malah pembaziran berlaku di sini(termasuklah org yang menulis ni.hehe). Manakala kehadiran Aidil Adha tidak begitu terasa melainkan terdapatnya ahli keluarga menunaikan Haji ataupun lembu yang ditambat di hadapan rumah.

Sinar Aidil Adha perlu dikembalikan, begitu juga persepsi terhadap sambutan Aidil Fitri harus diperbetulkn. Ini adalah peranan kita sebagai Muslim yang benar2 mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Di sini juga terletaknya pengorbanan yang harus kita lakukan.Bertakbirlah sepuas-puasnya sepanjang Aidil Adha ini. Berpuasalah pada hari-hari awal Zulhijjah terutama pada hari ‘Arafah.Serta lihatlah darah yang mengalir dari lembu atau unta yang disembelih sebagai bukti ibadah korban yang dijalankan(yg ini saya akan pertimbangkan dulu..huhu).

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.SEMOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI ADALAH IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

Tuesday, November 24, 2009

class taxation yg agak suram.:(


























Kehadiran En Fendy iaitu bekas lecturer Financial Accounting2 yang mengajar subjek Taxation pada semester ini amat mengejut dan memilukan hati kami..Satu kelas terkejut dgn keadaan fizikalnya yang berubah serta merta..Baru sahaja rasanya melihat En Fendy dalam keadaan yang sihat bulan lalu ketika beliau memberi kad raya kepadaku.Ya Allah,kenapa jadi begini???Aku tersentak seketika.Tiada apa yang hendak aku katakan melainkan dengan muka yang sangat terperanjat,rasa sayu hatiku,rasa ingin menangis melihatnya.Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiranku..Aku tertanya-tanya adakah beliau menghidap penyakit kronik ataupun beliau menjadi seperti itu kerana terlalu memikirkan keadaan anaknya?..Perasaan sedih bergaul dengan terkejut,membuatkan aku kaku dan ingin mengalirkan air mata..aku kagum dengan semangatnya itu,walaupun sakit,beliau tetap datang untuk mengajar kami...Aku tak tahu kenapa,tetapi hati aku mengatakan bahawa beliau menghidapi sejenis penyakit kronik dan boleh membawa maut("jgn fikirkan kenapa saya jadi sebegini.you all just concentrate on your study")itulah kata-katanya di dalam kelas petang tadi...Sesunguhnya,terlalu berat hati ini untuk kami menatap keadaannya setiap hari di dlm kelas,hati ini tak sanggup melihat keadaan beliau yg menangung derita kesakitan tersebut...Nasihat beliau kepada aku dan adik akan sentiasa di dalam hati (walaupun kita dpt A utk semua subjek jgn sombong jgn angkuh.Itu semua adalah kejayaan yang diberikan oleh Allah dan yang paling penting jgn tinggal solat dan selalu baca al-Quran)nasihat itu akan sentiasa kami ingati.Tidak mampu untuk membalas segala jasanya.Hanya doa aku panjatkan.Semoga En Fendy cepat sembuh,sejahtera selalu.Amin ya Rabbal 'alamin

Monday, November 23, 2009

cinta

Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta. Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup.

Cintailah semua orang, kerana cinta itu tidak terhad..
Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan. Namun untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi . Lalu bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata. Kerana itu manusia kini miskin cinta. Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat.

Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal. Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.

Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad. Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.

Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat arRahmanya pada manusia tertentu. Nabi saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja. Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silatarrahim kepada semua manusia. Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai yang lainnya.

Sunday, November 22, 2009

Terima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu

Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama

Friday, November 20, 2009

La Tahzan

















Hari ni sepatutnya aku dan adik berada di kampung..tapi kami tidak dapat nak balik Teluk Intan sebab kelas akan bermula hari isnin ini..huhuhu.Kalau ikutkan hati nak terus je balik sampai raya haji.Sepatutnya saat-saat begini,kami sekeluarga berkumpul bagi meraikan kejayaan aku dan adik.Sedihnya bila ayah menelefon supaya pulang semalam.Berkali-kali ayah telefon..Ayah beria sangat nak kami pulang..Xpela,mungkin tiada rezeki untuk pulang.Maafkan kami ayah,mak.Kami disini rindu sangat kat mak,ayah.
Ayah dan emak,doakanlah kami dalam berjihad menuntut ilmu.Banyak subjek-subjek yang mencabar.Kami takut x dapat ikut.Doakan kami supaya tabah dalam menghadapi semester baru yang akan bermula.Terima kasih mak,ayah.Kami sangat sayang dan sangat rindu!!!

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan adik-adik dan pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenanMu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Wednesday, November 18, 2009

Penantian Suatu Penyeksaan


















Jam menunjukkn pukul 4.30am.Aku masih tidak boleh melelapkan mata.Mungkin sebab terlampau memikirkan result yang bakal keluar pada hari khamis ini.Bermain di fikiranku "apa yang bakal aku perolehi.Adakah kejayaan ataupun kegagalan?" Ya Allah...aku serahkan segalanya kepada Engkau Ya Allah...aku akan terima apa yang Engkau beri..sebaik-baiknya,Engkau berikanlah aku kejayaan supaya aku dapat membahagiakan ayah dan mak.Engkau berikanlah keputusan yang setimpal dengan apa yang aku usahakan.Aku sangat takut pada ketika ini.Engkaulah tempat Aku bermohon segala apa yang aku inginkan..Engkaulah yg maha adil lagi bijaksana pada setiap hambaMU yg lemah ini..

Monday, July 6, 2009

Ketika Cinta Bertasbih














Inilah novel Favourite saya selepas novel Ayat-Ayat Cinta.Dua novel ini adalah novel yang paling saya sukai berbanding dengan novel-novel lain yang telah saya baca.

novel Ketika Cinta Bertasbih berfokus pada perjalanan Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di Universiti Al Azhar Kairo-Mesir. Kuliahnya tertunda selama 9 tahun setelah ayahnya meninggal dunia, demi menyara hidup dirinya dan keluarganya di Solo Azzam berdagang bakso dan tempe di Kairo-Mesir. Namun dari pekerjaannya itulah, ia menjadi terkenal di kalangan KBRI di Kairo, dan mempertemukannya dengan Eliana, gadis cantik, putri Dubes RI di Mesir.Perjalanan hidup dan cinta Azzam yang berliku tidak sekadar memberikan pencerahan jiwa namun mengajak pembaca untuk lebih mendalami rahsia Ilahi dan memaknai cinta. Kehadiran Anna, seorang wanita Islam yang menggoda hati Azzam menjadi unsur yang mengikat keduanya dalam misteri cinta yang dikemas dalam sudut pandang yang sangat berbeza dari novel-novel romantis pada umumnya. adiknya bernama Husna, serta Furqan teman kuliahnya yang juga berasal dari Indonesia dan terinfeksi AIDS merangkum perjalanan hidup Azzam menjadi sebuah cerita yang sangat bernilai.

Thursday, June 18, 2009

teluk intan dah ada bus terus ke shah alam :)

syukur alhamdulillah kerana Allah telah mempermudahkan saya untuk pulang ke shah alam hari ini dan hari-hari seterusnya sebab teluk intan dah ada bus terus ke shah alam.sebelum ini,kalau nak balik ke shah alam kena berhenti di Meru.Dari Meru ke Klang.Dari Klang ke Shah Alam.Lebih kurang 6 jam baru sampai ke Shah Alam.Begitu juga sebaliknya jika hendak pulang ke kampung.Penatkan..Syukur Alhamdulillah..Gembiranya...kalau singgah di Klang bahaya.saya takut..huhu.kena tunggu bas lebih kurang 1 jam baru ada bas untuk ke Shah Alam.lepas ni boleh la balik kampung selalu..hehehe.Hari ini saya akan pulang ke Shah Alam dengan menaiki bus pada pukul 3pm.kemudian terus ke seksyen 17.dari seksyen 17 saya akan mengambil teksi untuk terus ke kolej.lebih kurang 3 jam perjalanan.ringan sedikit bebanan berbanding sebelum ini..yeay..

Monday, June 15, 2009

cuti!!!!cuti!!!cuti!!

Saya baru sahaja habis final exam untuk short semester yang lalu.Bila dah final mestila cutikan.(yeay,yeay cuti :)) Yang bestnya bila cuti,dapat tambah duit poket.Tapi...cuti untuk short semester kejap sangat le..two weeks je..

Inilah rutin harian saya waktu cuti.After solat subuh saya akan pergi ke pasar untuk membeli barang dapur untuk kedai ayah.(sayur,ayam,ikan dan macam-macam lagi) Ayah tak kelam kabut nanti.Nak kena beli barang,then kena pergi pejabat lagi jam 8pagi.Mesti ayah penatkan.(i love you so much ayah!!!) saya pergi ke pasar kadang-kadanh naik moto kadang-kadang naik kereta but saya prefer naik moto kesayangan saya sebab boleh menghirup udara yang segar dan nyaman ciptaan yang maha ESA di pagi hari.After beli all barang,saya akan hantar ke kedai ,jaga kedai sekejap until afternoon.After that baru balik rumah.Bila dah balik rumah tu apa lagi on laptop le jawabnya.Kan tgh cuti..saya banyak habiskan masa pada laptop kesayangan saya.

Sebab apa tadi saya cakap dapat tambah duit poket ,sebab....ayah akan beri upah pada saya..tapi saya tak kisah semua itu,janji dapat penuhi waktu cuti saya dengan perkara-perkara yang berfaedah.sebenarnya sejak dari kecil lagi saya dah berniaga.kadang-kadang tolong nenek,kadang-kadang tolong mak cik so,dah biasa.kalo waktu raya lagi best.saya akan anyam ketupat dan hantar pada mak cik then mak cik akan jualkan untuk saya.Itu yang dapat tambah duit poket tu.Kan boleh beli barang-barang yang kita suka.Betul tak.kan,kan,kan.saya suka beli barang guna duit,hasil titik peluh saya sendiri sebab saya akan lebih menghargainya.kalau saya inginkan sesuatu saya tidak akan susahkan mak dan ayah.saya akan usaha untuk dapatkannya sendiri.(baru la kita akan jaga sebaiknya apa-apa yang kita miliki sendiri).kalau tiada barang untuk dibeli saya akan simpan duit dalam bank.Best kan dapat kumpul duit sendiri.

Apa yang saya belajar daripada kehidupan saya ialah bukan mudah untuk cari duit kan.Ianya memerlukan daya usaha dan yang penting jangan buat kerja yang tidak berguna semata-mata nak dapat duit dengan cepat.ALLAH itu kan maha adil.Siapa yang rajin berusaha,Allah pasti tolong.Cuma cepat dan lambat sahaja.Macam itulah betapa susahnya mak dan ayah kita mencari duit untuk membesarkan kita.Nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca blog saya ialah jangan membazir dan gunalah duit dengan bijaksana dan jangan lupa tau kalau ada lebih tu sedekahkan kepada yang memerlukan.ok.

Friday, June 12, 2009

program

Pada bulan april yang lalu, satu program yang bernama Program Qudwah Al-Fiqhyah  telah diadakan di Pusat Islam Management And Science University. Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar. Program ini adalah satu sesi ceramah yang bertajuk “Kepentingan Ilmu Fiqah Dalam Islam”.

            Tujuan program ini adalah mendedahkan kepada para siswa dan siswi berkenaan ilmu-ilmu feqah disamping mengkaji kembali berkenaan ilmu fiqah di dalam kehidupan seharian. Ramai peserta yang mengambil bahagian termasuk saya sendiri.

            Program ini dijadualkan akan  bermula pada pukul 9.30 pagi.Para pelajar kemudian mengambil tempat di dalam surau dengan para muslimin di bahagian hadapan surau manakala para muslimat di bahagian belakang.

Walaupun program ini bermula lambat sedikit daripada waktu yang dijadualkan,pengisian selama setengah jam itu telah di isi dengan perkongsian Dr.Ridhwan iaitu seorang pensyarah dari Management & Science University yang merupakan seorang Muallaf.Perkongsian itu bertajuk “ Mengapa Islam?”memetik kehidupan beliau sebagai seorang yang telah memeluk Islam.Beliau menerangkan betapa indahnya Islam.

Dalam perkongsian itu, beliau telah menceritakan kehidupan beliau sebelum memeluk Islam. Beliau berasal daripada Perancis dan dibesarkan di London. Beliau memeluk Islam adalah kerana tertarik dengan akhlak, adab, dan keindahan al-Quran. Beliau berkenalan  dengan Islam apabila ketika menuntut di sebuah universiti di London semasa berkongsi bilik dengan 5 pelajar Malaysia. Akhlak yang ditunjukkan oleh para pelajar Malaysia menarik perhatian beliau seterusnya memberikan beliau hidayah untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam lagi.

            Ceramah yang bertajuk ‘kepentingan ilmu fiqh dalam islam telah bermula pada jam 10.am yang disampaikan oleh Ustaz Sharom bin Maarof. Beliau merupakan seorang Ketua Unit Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Monday, June 8, 2009

penat tapi seronok..

pagi tadi pukul 4.30pagi,baru je sampai dari kelantan..pergi kelantan hari sabtu yang lalu pukul 8 malam..sudah lama tidak pergi jalan-jalan.saya pergi ke kelantan menaiki bus,rombongan bersama keluarga.lagipun pergi ke kelantan kerana saudara kahwiin,kat pasir putih..sakitnya badan-badan ni tidur kat kerusi bus.bertolak dari Teluk Intan jam 8malam then singgah di Parit Buntar untuk ambil saudara yang lain.Kira-kira jam 1pagi hari ahad baru sampai parit Buntar..aduhai...penatnya..tapi seronok pergi ramai-ramai.lepas tu baru bertolak ke Kelantan.jam 8pagi hari ahad baru sampai..berehat sebentar di Melor,di homestay untuk membersihkan diri  dan bersarapan..pada pukul 11.30pagi bertolak ke Pasir Putih,ke rumah pengantin lelaki.apa yang saya dapat lihat disini ialah adat perkahwinan orang Kelantan.memang simple.islam pun menggalakkan kita jangan membazir..kan,kan,kan..orang Kelantan lebih mementingkan pertalian persaudaraan.tidak kelihatan orang lain yang datang,hanya kami pihak perempuan yang bertandang.adat orang Kelantan kalau x silap saya mementingkan persaudaraan,dan memberi layanan yang baik kepada kami.mereka ingin mengenali saudara pihak pengantin terlebih dahulu,macam sesi taaruf.makanan orang Kelantan ni lebih kepada yang manis.first time saya makan kuih(x tahu la apa nama kuihnya) sedap..manis..makanan memang sedap.makan nasi putih+ayam masak kicap+kari daging+sayur manis+tembikai dan banyak lagi..(lepas ni kena cari orang Kelantan ni ;)

                                                                                  inilah muka-muka keletihan dan kekenyangan.
(aqilah,nyonya,adik gendut,saya)

selepas semua selesai makan,kami pun bertolak ke Rantau Panjang untuk jalan-jalan dan shopping..kalau ikutkan memang x larat nak jalan lagi tapi xpela..sekali sekala jalan jauhkan..
kenalah cari sesuatu untuk dijadikan kenangan..cuaca kat Rantau Panjang memang panas..saya hanya berjalan di tempat yang berhampiran dengan bus,dah tiada tenaga untuk berjalan jauh..hanya sempat membeli bantal untuk dijadikan kenangan..


 bolehlah dijadikan bantal busuk lepas ni.:)

lebih kurang pukul 6pm kami berhenti sebentar di masjid untuk menunaikan solat dan membersihkan diri tapi di masjid tiada air jadi kenalah mencari masjid atau surau lain .mujurlah surau yang kami singgah kali kedua ada air.selepas solat asar,kami pun berehat dan makan di kedai berhampiran untuk menunggu waktu maghrib..lebih kurang pukul 4.30pagi hari ini baru kami tiba..memang penat tapi seronok.

saat berjalan bersama ahli keluarga memang best.sambil bersuka ria,kita boleh menguatkan lagi tali persaudaraan antara keluarga.


Friday, June 5, 2009

balik kampung!!!!!

hari ini hari yang paling indah dan mengembirakan sebab hari ini saya balik kampung!!! seperti biasa saya dan adik akan bersiap mengemas barang.semalam,before balik kg,kami kemas bilik,basuh pakaian..semangat nak balik kampung la katakan..hehe.rindunya kat mak dengan ayah...rindunya kat adik-adik...rindunya masakan mak...itulah luahan hati setiap pelajar yang berjauhan dengan ibu bapa.macam saya...macam kawan-kawan juga..rasanya sudah hampir sebulan tidak menatap wajah kesayangan,ibu dan ayah..hanya mendengar suara sahaja melalui handphone.hari-hari seya menlefon ibu dan ayah untuk hilangkan rindu di hati..kadang-kadang kawan-kawan pun ketawakan kan saya sebab hari-hari saya telefon ibu dan ayah..mereka cakap ibu dan ayah mesti tak tahu nak cakap apa sebab hari-hari telefon..tapi saya tak kira.saya nak telefon juga,saya nak kacau juga ibu dan ayah.hehehe.apa salahnya kita telefon ibu ayah kitakan.kan,kan,kan.tadi bertolak dari shah alam ke klang kira-kira pukul 12.pm.then kena menaiki satu lagi bas untuk ke Meru sebab hanya di Meru sahaja yang ada bas untuk balik ke teluk intan..penat..huhuhu tapi saya tak kisah..janji boleh balik kampung.tiap-tiap minggu balik kampung pun saya laaaagi tak kisah..tak rasa penat pun..tiba di Meru terus beli tiket.nasib baik ada tiket.Alhamdulillah..tapi,tadi dapat tempat duduk paling last sekali..sakit kepala la juga.sepanjang jalan asyik melantun je..untuk elakkan rasa pening saya terus tidur..bila sedar je,dah nak sampai teluk intan.lebih kurang 3 jam perjalanan.wahhhh seronoknya...yeay.yeay dah sampai..yeay,yeay dah sampai.hehe

kepada kawan-kawan,teman-teman,abang-abang,kakak-kakak sudi-sudikanlah diri untuk pulang ke kampung ye..pulang setiap minggu pun x mengapa ;)..ayah dan ibu kita pasti berasa gembira dan tersenyum menanti kepulangan kita..

Thursday, April 9, 2009

kehidupan...



Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan… Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan..jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta.keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah.. lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebbkan mereka menangis..nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi diharungi lalat..kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan… manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

Sunday, February 22, 2009

akal

Apabila sempurna akal, kurang perkataan.Sifat pemarah adalah musuh utama akal.Walaubagaimana pun alim seorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuh yang sebenar adalah jahil.Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih baik pula ia berkata-kata.Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluknya yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberi semata-mata. Ia perlu dituntut.Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memilihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu, melatih diri berfikir, merenungkannya.Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan tetapi akal menyuruh menimbang.Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu.Tuntutlah ilmu seperti mana seorang ibu mencari anak tunggalnya yang hilang.Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa dah mula berfikir, tidak ada satu perbuatan pun yang boleh menghentikannya.