Friday, June 12, 2009

program

Pada bulan april yang lalu, satu program yang bernama Program Qudwah Al-Fiqhyah  telah diadakan di Pusat Islam Management And Science University. Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar. Program ini adalah satu sesi ceramah yang bertajuk “Kepentingan Ilmu Fiqah Dalam Islam”.

            Tujuan program ini adalah mendedahkan kepada para siswa dan siswi berkenaan ilmu-ilmu feqah disamping mengkaji kembali berkenaan ilmu fiqah di dalam kehidupan seharian. Ramai peserta yang mengambil bahagian termasuk saya sendiri.

            Program ini dijadualkan akan  bermula pada pukul 9.30 pagi.Para pelajar kemudian mengambil tempat di dalam surau dengan para muslimin di bahagian hadapan surau manakala para muslimat di bahagian belakang.

Walaupun program ini bermula lambat sedikit daripada waktu yang dijadualkan,pengisian selama setengah jam itu telah di isi dengan perkongsian Dr.Ridhwan iaitu seorang pensyarah dari Management & Science University yang merupakan seorang Muallaf.Perkongsian itu bertajuk “ Mengapa Islam?”memetik kehidupan beliau sebagai seorang yang telah memeluk Islam.Beliau menerangkan betapa indahnya Islam.

Dalam perkongsian itu, beliau telah menceritakan kehidupan beliau sebelum memeluk Islam. Beliau berasal daripada Perancis dan dibesarkan di London. Beliau memeluk Islam adalah kerana tertarik dengan akhlak, adab, dan keindahan al-Quran. Beliau berkenalan  dengan Islam apabila ketika menuntut di sebuah universiti di London semasa berkongsi bilik dengan 5 pelajar Malaysia. Akhlak yang ditunjukkan oleh para pelajar Malaysia menarik perhatian beliau seterusnya memberikan beliau hidayah untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam lagi.

            Ceramah yang bertajuk ‘kepentingan ilmu fiqh dalam islam telah bermula pada jam 10.am yang disampaikan oleh Ustaz Sharom bin Maarof. Beliau merupakan seorang Ketua Unit Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

2 comments: