Thursday, December 10, 2009

kerinduan


Pada hari sabtu dan ahad yang lalu,saya telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Program SPIES Belia.Sudah lama rasanya tidak mengikuti program sebegini.Kali terakhir adalah 3 tahun yang lepas iaitu Kem Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Kerajan Negeri Perak(rindunya kat kem ni...).Peserta program yang berdaftar adalah seramai 70 orang yang majoritinya berumur dalam lingkungan 13-17 tahun(comel-comel dan nakal-nakal semuanya).Program ini amat bermakna dan menyeronokkan kerana dikendalikan oleh penceramah yang sangat berpengalaman(abg Zaidy dan Ustaz Fauzan).Tidak lupa juga kepada abang-abang dan kakak-kakak fesi(kak mas,kak jamilah,abg wan,abg firdaus) yang sangat penyabar dalam melayani adik-adik yang sangat nakal.Banyak ilmu yang saya pelajari daripada kem ini antaranya bagaimana membina personaliti dan keyakinan diri,komunikasi berkesan,kemahiran kepimpinan,pembinaan pasukan,pendidikan kerjaya dan banyak lagi.Apa yang penting kumpulan hawa menjadi kumpulan terbaik.yeay.:)

Banyak juga kenangan bersama adik-adik yang tidak akan saya lupakan.(bermain,bergurau,makan bersama,beriadah,qiam).Dua hari bersama tidak cukup untuk mengenali adik-adik dengan lebih rapat.setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Terasa sedih ingin meninggalkan program ini.Walaupun baru sahaja mengenali adik-adik,terasa berat untuk berpisah dengan mereka.Kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan.ukhwah fillah abadan abada..

6 comments:

  1. mmg byk sgt kenangan yg xdapot den lupakan..EXspecialy kenangan tersangkut tertingal kt tepi jalan tu,dh mcm jadi model iklan signboard wei..pergh!!!hahah

    ReplyDelete
  2. akma: best..rugi je ma x pergi.k tka dapat raaamai adk baru.:)


    adeq:ok la tu jadi model.hehe.apa-apa pun kem ni bestkan.kak nyah tgk adeq asyik tersenyum je dari mula sampai habis kem.bukan senyum satu,senyum dua.senyum tiga pula tu.hehe :)

    ReplyDelete
  3. ewahhh. kak tikaa n adekk dpt kwn bru eh? dpt pkwe bru x? muahahaha :D

    ReplyDelete
  4. ada,ada,ada.ada budak kecik tu dia minta no phone.terkejut kak tka.tapi k tka x kaci sebab k tka tahu bukan dia yang nak.nakal betul dorang tu.

    ReplyDelete
  5. best la?? kenangan yang tak dapat dilupakan.. hati ini masih ingat lagi kenangan sedih la... diingat2kan....yang tak dilupakan peristiwa naik bas penuh yang 2 gila...dalam 1 bas mungkin 60 orang cuma bayangkan niak sampai ke rawang...ye..he...he..

    ReplyDelete