Thursday, November 26, 2009

"Adha dan Pengorbanan"


Kalimah ini sering digunakan sempena meraikan hari yang sangat penting di dalam kalender Islam. Aidil Adha berbeza dengan Aidil Fitri. Mungkin Aidil Adha tidak semeriah Aidil Fitri, tetapi di sebaliknya tersimpan satu p'gertian yang sangat bermakna. Perayaan ini tidak memerlukn puasa sebulan untuk menyambutnya, akan tetapi ia memerlukan pengorbanan sebagaimana yg dilakukan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Isma’il serta mengingati para tetamu Allah yang mengerjakn rukun Islam yang kelima.(bilalah agaknya dapat pergi sana..)

Antara keistimeaan Aidil Adha ialah ibadah korban yang dituntut untuk dilaksanakn pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasyrik iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah. Ibadah korban sebenarnya adalah bukti kepatuhn manusia kepada Allah dan lambang kesyukuran terhadap segala nikmat yang telah dikurniakan, disamping mengeratkan silaturrahim di antara kaya dan miskin.

Secara fitrahnya, Aidil Adha perlu disambut lebih meriah berbanding Aidl Fitri. Ini adalah kerana Aidil Adha dipanggil sebagai hari raya al-Akbar(besar), sementara Aidil Fitri dipanggil al-Asghar(kecil).kita telah salah dalam menyambut kedua2 perayaan terbesar di dalam Islam ini. Aidil Fitri disambut begitu meriah malah pembaziran berlaku di sini(termasuklah org yang menulis ni.hehe). Manakala kehadiran Aidil Adha tidak begitu terasa melainkan terdapatnya ahli keluarga menunaikan Haji ataupun lembu yang ditambat di hadapan rumah.

Sinar Aidil Adha perlu dikembalikan, begitu juga persepsi terhadap sambutan Aidil Fitri harus diperbetulkn. Ini adalah peranan kita sebagai Muslim yang benar2 mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Di sini juga terletaknya pengorbanan yang harus kita lakukan.Bertakbirlah sepuas-puasnya sepanjang Aidil Adha ini. Berpuasalah pada hari-hari awal Zulhijjah terutama pada hari ‘Arafah.Serta lihatlah darah yang mengalir dari lembu atau unta yang disembelih sebagai bukti ibadah korban yang dijalankan(yg ini saya akan pertimbangkan dulu..huhu).

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.SEMOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI ADALAH IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

5 comments:

  1. kak tikaa, mkn daging kontrol sket. diet mesti dijagaa! hahaha :D

    ReplyDelete
  2. mana boleh x mkn.rugi la ma.hehe.nnti balik hostel diet balik.hehe
    ok.:)

    ReplyDelete
  3. hahaaha. btol2. kat shah alam nnti kebulur. baik kte mkn puas2 :D

    ReplyDelete
  4. ai..nie bab pengorbanan ke atau bab makan?:)

    ReplyDelete
  5. bab bekorban untuk makan.
    nak makan pun perlukan pengorbanan.kan.kan.kan:)

    ReplyDelete