Thursday, February 17, 2011

RASULULLAH TAULADAN SEPANJANG ZAMAN.




Tanggal 12 Rabi’ul Awwal yang cerah,
Terpancarnya cahaya hidayah..terpancarnya jelas dimuka bumi dunia..
Anak yatim lahir kedunia,diangkat darjat menjadi pesuruhNya,
Anak kelahiran bonda Aminah dan ayahanda Abdullah,
Muhammad diberi nama,tauladan utama.

Ya Muhammad..
Engkau bukan sebarang insan, engkau adalah calon pilihan,
Engkau adalah pejuang Allah, pejuang bukan sahaja di medan peperangan,
Malah pejuang Allah di dalam kejahilan kehidupan insan,
Pengorbananmu umpama mutiara ditengah lautan

Ya Nabi Allah..
Jasamu dalam manyebarkan syiar islam,deras bak hujan digurun sahara,
Walau dicaci, walau difitnah, walau diancam dan dihina,
Engkau sentiasa qanaah pada setiap ujian yang menimpa,
Engkau membawa rahmat,ukhwah dan islamiah di alam semesta.

Ya Rasulullah…
Engkau susuri ombak dengan senyuman,
Engkau hadapi gelombang dengan ketenangan,
Tidak pernah mengeluh,tidak pernah mengalah,
Kerana mengembangkan agama Allah itu satu kewajipan.


Ya kekasih Allah…
Diberikan engkau gerhana,dibalasi engkau cahaya purnama,
Engkau tabah hadapi dugaan,engkau redha dengan ketentuan,
Engkau penunjuk jalan dikala bumi dilanda gerhana,
Engkau adalah penawar dikala virus-virus merebak entah kemana,
Agungnya suara kedamaian…musnahlah segala persengketaan.

Ya Al-Amin…
Siddiq mu mengubat kekhilafan,yang timbul dari zaman ke zaman,
Amanah mu mangukuh rasa,agar terus tsabat dalam jalan kebenaran,
Tabligh mu menguat jiwa,jiwa da’i dalam rantaian perjuangan,
Fathonah mu menguji diri,supaya istiqamah mencari ertinya pengetahuan.

Ibadahmu…mencerminkan kehambaanmu,
Akhlakmu…mencerminkan kebersihan hatimu,
Pemurahmu…mencerminkan dunia tidak ada di dalam hatimu,
Sabarmu…mencerminkan ketahanan jiwamu,
Kasih-sayangmu…mencerminkan ketulusan hati nuranimu.

wahai penghulu anbiya..
Engkau patri kasihmu pada jendela hati,
Walau disaat kematianmu hampir di kaki bumi,
Engkau masih lagi mengingati kami umatmu,
yang tidak pernah engkau kenali,Ummati…ummati…ummati…



Ya Rasulullah..ya kekasih Allah…
Walau jasadmu tiada dibumi,
Walau berpisah diantara langit,
Walau berpisah diantara bumi,
Walau sirah diufuk kanan dan kiri,
Sehingga kini dirimu masih diingati.

Ayuh muslimin,ayuh muslimat,
Ayuh sama-sama kita mengimarahkan warisan nabi kita,
Ayuh praktikkan sunnah yang ditinggalkan,
Ayuh praktikkan kalamnya, Al-Quran dijadikan panduan
Keperibadiannya dijadikan tauladan.

Ayuh muslimim,ayuh muslimat,
Ayuh basahi bibir dengan selawat alunan,
Ayuh kita berselawat keatas nabi junjugan,nabi Muhammad S.A.W,
Biar bergema arasy biar bergema alam,
Moga menambah cinta,mengubat rindu pada kekasih-Nya….

Allahumma salli 'ala saiyyidina Muhammad wa 'ala ali Muhammad

No comments:

Post a Comment