Friday, October 21, 2011

Al-Quran & Hujan

Alhamdulillah sudah empat hari berada di kampung halaman.Setiap petang tanah tidak pernah kering.Pokok,bunga,daun tersenyum keriangan mekar tidak kehausan kerana hujan rahmat yang melimpah membasahi hidupan alam.Nyamannya dinginnya sehingga malam.Alhamdulillah..Oleh kerana nikmat ni berterusan,hati ini tertarik untuk bercerita tentang Al-Quran & Pembentukan Awan dan juga Hujan. Dalam proses pembentukan awan dan hujan, Al-Quran telah menjelaskannya secara tepat dan tertib. Dalam Al-Quran Surah Ar-Rum ayat 48. “Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. Melalui sepotong ayat ini,Terdapat tiga peringkat dalam proses pembentukan hujan. Peringkat yang pertama:“Allah,Dialah yang mengirim angin… Gelembung-gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus. Peringkat yang kedua:...menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang dikehendakiNya. Dan menjadikannya bergumpal-gumpal…” Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan. Peringkat yang terakhir:…lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya” Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan. Hebat kan Furqan Allah.Pakar meteorologi pun hanya mengetahui maklumat pembentukan hujan hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa Allah telah memberikan kita secebis maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.Hebat kan. p/s:katak tak panggil hujan tau.jom mandi hujan.(^_^)

No comments:

Post a Comment